ARGAN OIL



Dalam Super Sensitive Beauty Soap (SSB Soap), antara bahan utamanya ialah Argan Oil selain Shea Butter. jadi, hari ini ibu nak cite pasal Argan Oil pulak.

.
Minyak Argan ni datang dari mana?
Daripada biji-bijian yang tumbuh di pokok-pokok Argan yang berasal dari Maghribi la. ARGAN OIL ni ada nutrien penting yang sebahagian besar berasal dari oleic acid(1) dan linoleic acid(2).
.
Kenapa guna Minyak Argan dalam SSB Soap? Adakah ia sehebat Shea Butter? Meh ibu nak cite kat korang kelebihannya
.
Anti penuaan
Mengandungi tinggi vitamin E yang dapat melindungi kulit daripada radikal bebas.  MINYAK ARGAN terbukti dapat meningkatkan keanjalan kulit yang ketara jika digunakan bererusan. Wahhh.. Anti penuaan la. Muda remaja la kulit korang nanti. insya Allah boleh mencegah daripada berlakunya kanser kulit jika konsisten.
.
Merawat keradangan
Mempunyai kelebihan dalam merawat & meredakan gejala keradangan seperti kegatalan / kulit kemerahan akibat kulit terlampau kering  atau luka-luka jerawat. Dengan 2 sifat utama iaitu Antioksidan & Anti-radang, MINYAK ARGAN membantu mengurangkan gejala-gejala keradangan kulit.

.
Ajen Pelembab
Ia menyumbang kepada penghidratan kulit & mengekalkan kelembapan pada kulit.
Sebab tu la MINYAK ARGAN sering dijumpai dalam losyen, sabun, dan perapi rambut.
.
➨ Anti-Sebum
Kekadang jerawat hormon ni time datang period je. Ada la 2-3 tempat kat muka yang memang selalu naik jerawat time tu. Menyampah betul kan?. Ia disebabkan oleh sebum yang berlebihan. Dengan MINYAK ARGAN, ia dapat mengawal jumlah sebum dengan berkesan. Jadi la kulit muka semakin sihat dan berseri. Automatik la .. kulit korang dah kurang berminyak kan.
.
Anti-bakteria & Anti-Fungal
Orang tua-tua dulu menggunakan MINYAK ARGAN untuk merawat jangkitan kulit. Dengan 2 sifat tersebut, ia memberi keupayaan dalam merawat & mencegah jangkitan daripada merebak.
.
Mengurangkan Regangan Kulit
Wah .. ini berita baik untuk preggy mommy. Rajin-rajin guna sabun SSB Soap ketika mandi, boleh mencegah & merawat regangan kulit akibat perut makin membesar. Dengan mengekalkan keanjalan kulit, dapat la mengurangkan strech mark kan.
.
Mengatasi masalah kulit kepala
Memberi & mengekalkan kelembapan kulit kepala jika digunakan sebagai shampoo. Ia juga dapat mengelakkan rambut berminyak. Tak cuba belum tahu kan

.
Meningkatkan kesihatan jantung
Minyak Argan kaya dengan lemak omega-9, dapat merendahkan kadar kolesterol jahat yang dapat memelihara jantung
.
.
Best kan ilmu ni
sekurang-kurangnya kita tahu manfaat sesuatu bahan dalam produk yang kita guna
.
Korang nak tahu tak?
Selain dari Super Sensitve Beauty Soap, banyak lagi produk Haus Cosmetics guna Argan Oil ni sebagai bahan utama, antaranya
➤ Luminous Lush Moist Lipcream
➤ Matte Creamy Lips
➤ Melty Glam Aqua Foundation
➤ Silky Intense Oil Serum Lavender
➤ Silky Intense Oil Serum Calendula
.
Mestilah bahan yang terbaik je dalam produk Haus Cosmetics kan. Rugi la sape yang tak guna rangkaian produk tersebut. Pakej 2in1 tau, cantik & rawat. Berbaloi kan.
.
.
Sumber : healthline.com
1. Oleic acid - asid lemak omega-9 monotepu
2. linoleic acid - lemak omega-6 tidak tepu

Ulasan

Catatan Popular