KENALI KULIT MUKA ANDA




Ada 5 jenis kulit muka yang kita perlu tahu sebelum memilih set skincare yang sesuai dengan kulit korang. Agak-agak korang yang mana 1 ya.

.


Kulit Normal / Normal Skin
āž” Tidak terlalu kering atau berminyak (seimbang)
āž” Pori-pori tidak kelihatan
āž” Kulit nampak berseri
.
Beruntung la sesiapa yang jenis kulit normal ni sebab tidak perlu diselenggara sangat seperti jenis kulit yang lain. Tetapi, still juga kena menggunakan produk penjagaan muka yang tertentu untuk mengekalkan kecantikan wajah.
.

Kulit Berminyak / Oily Skin
āžØ Terjadi mungkin akibat perubahan hormon / faktor genetik
āžØ Kulit muka kelihatan berkilat
āžØ Liang pori terbuka dan jelas kelihatan
āžØ Berjerawat di sekitar dahi,  pipi dan dagu
āžØ Terdapat blackheads & whiteheads
.

Kulit Kering / Dry Skin
āžØ Hampir tidak kelihatan liang pori
āžØ Kulit kelihatan kasar dan kusam
āžØ Tompok merah kelihatan (keradangan)
āžØ Kulit kurang elastik
āžØ Garisan kedutan yang lebih jelas
.

Kulit Kombinasi / Combination Skin
āžØ Boleh jadi berminyak di T-zone (dahi, hidung & dagu) dan kering di sekitar U-zone (pipi & dagu)
āžØ Pori kulit terbuka
āžØ Blackheads &whiteheads
āžØ Kulit kelihatan berkilat di sekitar T-zone
.

Kulit Sensitif / Sensitive Skin
āžØ Kulit terlalu tegang dan kering
āž” Keradangan kulit mudah berlaku (kemerahan / kegatalan)
āž” Berjerawat
.
.
.
Cara mudah untuk mengetahui jenis kulit

āžØ Bersihkan muka dengan pencuci muka dan keringkan
āžØ Biarkan muka tanpa sebarang make-up dalam tempoh 30minit-1jam
āžØ Sediakan tester paper seperti tisu lembut / kertas minyak / blotting paper
āžØ Bersihkan tangan dan keringkan. koyak tisu / kertas minyak dalam 3 - 6helai.
āžØ Letakkan seketika di sekitar dahi, hidung, dagu, tepi dahi, tepi pipi dan tepi dagu
.
Kulit Normal / Normal Skin
Muka tidak merasa tegang selepas di oles tester paper di sekitar T-zone & U-zone.
Minyak yang minimum dan tiada lapisan kulit tertanggal di tester paper
.
Kulit Berminyak / Oily Skin
āžØ Lihat minyak yang terperangkap sama banyak dengan setiap tisu / kertas minyak tersebut.
.
Kulit Kering / Dry Skin
āžØ Sebelum letak tester paper di muka, kerut-kerutkan muka dulu
āžØ Ambil tester paper dan letak di sekitar T-zone (dahi, hidung &dagu)
āžØ Lihat pada tester paper, jika ada minyak yang minimum/ tiada langsung & kelihatan lapisan kulit tertanggal
.
Kulit Kombinasi / Combination Skin
Ambil 2 keping tester paper, letak di kawasan T-zone dan 1 lagi di kawasan pipi.
Lihat perbezaan tester paper tu. Berminyak dan kering/lapis kulit tertanggal
.
.
Haaa .. dah boleh agak kan jenis kulit korang?
Mudah la lepas ni nak pilih set skincare yang sesuai
Tak perlu dah nak teragak-agak nak pilih yang mana 1
Bertambah gojes la nanti
.

Ulasan

Catatan Popular