SHEA BUTTER



Ibu nak cite sikit BESTnya guna SABUN ANTI RADANG - SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP (SSBS) ni. Bahan utama dia antaranya SHEA BUTTER.

.

Macam pernah dengar itu perkataan tapi di mana ya?
.
SHEA BUTTER ni berasal dari Afrika Barat. Butter/ lelemak yang kita dok guna tu, diekstrak dari kekacang pokok shea. Warnanya pula agak putih @ putih gading.
.
Awat dia HEBAT SANGAT sampai digunapakai dalam kosmetik ni?
.
Sesuai dengan semua jenis kulit
SHEA BUTTER ni tidak mengandungi bahan perengsa kimia yang mengeringkan kulit. Jadinya jika korang kulit sensitif memang di galakkan untuk guna sebagai pencuci muka.
.
Pelembab
Yessza.. Dah le tak merensakan kulit. SHEA BUTTER ni memang terkenal dengan sifat pelembap kerana terkandung dalam asid lemaknya linoleic, oleic, stearic, and palmitic acids.
.
Tidak Berminyak
SHEA BUTTER mengandungi tahap asid linoleik dan asid oleik yang tinggi. Kedua-dua asid ini mengimbangi satu sama lain. Jadinya, Insya Allah kulit korang rasa segar je lepas cuci muka terutama yang jenis kulit berminyak dan sensitif.
.
Anti Radang
Ni yang paling ibu suka pasal SHEA BUTTER. Kalau kulit korang ade masalah gatal-gatal / kemerahan akibat kulit terlalu kering, haa.. Sabun je area tu. Insya Allah, ia mampu melegakan & melembutkan kulit yang sensitif tu.
.
Anti Oksidan
Hebat betul la SHEA BUTTER ni sebab ade vitamin A & E. Sape yang amalkan mesti muka makin berseri-seri. Awet muda gitu.
.
Anti Bakteria & Anti Fungal
Wah... Kalau kulit berjerawat & sensitif ni, makin elok la kulit korang. Kena konsisten guna tau baru nampak kesan.
.
Meningkatkan pengeluaran kolegen & pembaharuan kulit
Ciri pelembab & sifat antioksidan SHEA BUTTER ni menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Ia juga dapat kurangkan kedutan & garis halus di wajah.
.
Atasi masalah kulit kepala
Haa.. Boleh try test SSB Soap untuk jadi shampoo rambut. Insya Allah, ia dapat memberi kelembapan pada kulit kepala & mengurangkan kelemumur.
.
Menyembuhkan luka-luka kecil
Dengan kelebihan SHEA BUTTER di atas, kita boleh menjangkakan kelebihannya dalam mengubati luka seperti kulit mengelupas akibat kekeringan kulit @ berjerawat.
.
.
Ya Allah.. Ni baru je 1 bahan dalam Super Sensitive Beauty Soap (SSB Soap) dah macam-macam manfaat.
.
.
Korang tahu tak?
Bahan yang ada dalam SHEA BUTTER ni yang buat dia best sangat dalam kosmetik
.
➨ linoleic, palmitic, stearic, and oleic fatty acids, semua bahan ni aktif dalam mengimbangi kulit berminyak 
.
vitamins A, E, and F, vitamin antioksidan yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru
.
triglycerides, lelemak berfungsi untuk menyuburkan dan penyembuhan kulit. 
.
cetyl esters, mengikat kulit agar sentiasa segar & lembab
.
.
jom singgah sini untuk tahu lagi pasal SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP


.
.
.
Sumber : healtline.com

Ulasan

Catatan Popular