WORT ST. JOHN


Cantiknnya bunga dia. Kuning keemasan. Pokok Wort St. John ni kecil je pokoknya. Bunga ni pun sebesar syiling 20sen kot. Ia dikategori sebagai tumbuhan herba.

Wort St. John atau nama sainstifiknya Hypericum perforatum adalah di dalam keluarga Hypericaceae yang banyak tumbuh di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Australia, New Zealand dan Asia Timur.
.
Antara bahan yang terpilih menjadi bahan utama di dalam SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP (SSB Soap). Jom kita tengok kelebihan bunga yang cantik ini di dalam bidang kosmetik.
.
Bahan utama yang ada dalam ST John ni adalah
➨ Dopamin(1)
➨ Serotonin(2)
➨ Interleukins(3)
➨ Melatonin(4)
➨ Monoamine-oxides(5)
.
Nak tahu tak kelebihan pokok St. John ni?
.

Anti - Radang & Antioksidan
WORT ST. JOHN membantu menenangkan dan menyembuhkan kulit yang rosak akibat keradangan. Ia dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan sementara kesan anti-radang menjadikannya salah satu agen anti-jerawat terbaik.
.
Merawat Masalah Kulit
Apabila digunakan pada kulit, St John's Wort merawat luka dengan meningkatkan aliran darah ke kawasan yang terjejas. Ia juga dikenali untuk membantu & meredakan kulit yang sensitif.
.
Memperbaiki Kualiti Kulit
St John's Wort melakukan penghidratan kulit dengan minyak semulajadi. Jika dilakukan dengan konsisten akan menguatkan kulit, mengurangkan penampilan garis halus.
.

Penggalak mood yang baik
St. John ni juga terkenal dengan sifat penenang. Bahan yang terdapat di dalam pokok ini selalu digunakan untuk mengurangkan tekanan seseorang. Memberikan seseorang itu berada di dalam mood yang gembira & selesa. Ia juga digunakan sebagai ubat tidur untuk mendapatkan tidur yang lena.
.
.
Hebat juga ya tumbuhan St. John ni. Disamping merawat ,ia juga bersifat penenang. Kalau korang minum air teh bunga St. John, pasti korang dapat manfaat seperti atas tu. Jika digunakan sebagai sabun, makin peloles la kulit korang. Kena pakai konsisten ya baru la nampak hasilnya.
.
Jom amal pakai SSB Soap untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit yang cantik &sihat
.
.
Sumber :
1. Dopamin - disintesis dalam tumbuhan dan kebanyakan haiwan. Di dalam otak, dopamin berfungsi sebagai neurotransmitter
2. Serotonin - imej sebagai penyumbang kepada perasaan kesejahteraan dan kebahagiaan
3. Interleukins - protein semulajadi yang mengawasi komunikasi antara sel-sel. Interleukin mengawal pertumbuhan sel, perbezaan, dan motilitas. Mereka sangat penting dalam merangsang tindak balas imun, seperti keradangan.
4. Melatonin - bahan yang memberi keselesaan terhadap penyakit insomnia
5. Monoamine-oxides - yang terlibat dalam proses degradasi(6) untuk pelbagai monoamin yang dikeluarkan oleh neuron dan sel glia, termasuk DA, serotonin dan norepinephrine (NE)
6. Degradasi - proses penguraian sebatian yg kompleks kpd bentuk yg lebih ringkas: Bahan kimia dicampurkan ke dlm bahan solek utk menghalang ~ akibat sinaran matahari


www.eraorganics.com
wikipedia.com

Ulasan

Catatan Popular