HAUSANITIZER / HAND SANITIZER


Hausanitizer

Texture : liquid
KKM-Approved : NOT200304544K
.
Senarai bahan
Alcohol, Aqua, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Carbomer, Phenoxyethanol, Triethanolamine, Ethylhexylglycerin
.
HAUSanitizer merupakan produk terbaru keluaran HAUS di bawah rangkaian HAUS Premium. Ia diformulasi dengan rumusan istimewa bagi membantu para pengguna yang mementingkan kebersihan diri dan keluarga bagi melindungi mereka dari bakteria dan kuman. Ini adalah salah satu inisiatif khas dari pihak HAUS kepada masyarakat dalam situasi yang sedang menggegarkan seluruh dunia iaitu wabak pandemik #COVID19 oleh virus dari sejenis keluarga #coronavirus.
.
HAUSanitizer dihasilkan di kilang milik muslim bumiputera Malaysia iaitu GIM Cosmetic Industries Sdn. Bhd. Pembuatan GIM Cosmetic Industries yang dioperasi oleh 100% muslim bumiputera juga telah diiktiraf HALAL oleh pihak JAKIM selain memiliki sijil Good Manufacturing Practice (GMP) oleh pihak KKM dengan mengamalkan Amalan Perkilangan Baik mengikut garis panduan yang ditetapkan.
.
.
Pembelian kombo 50ml x 4botol ➤➤ Klik sini (free pos semenanjung)
Pembelian kombo 50ml x 4botol ➤➤ Klik sini (free pos semenanjung)
.
.
Pihak Organisasi Kesihatan Dunia atau World Health Organisation (WHO) telah menyarankan penggunaan hand sanitizer bagi mencuci tangan sekiranya berada di dalam situasi ketiadaan sumber air dan sabun. Ini kerana, tangan merupakan anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada bakteria dan kuman.
.
Penjagaan kebersihan tangan adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan yang sejahtera. Merujuk kepada Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan atau Centres for Disease Control and Prevention (CDC), penggunaan alkohol sekurang-kurangnya 60% dan ke atas di dalam hand sanitizer telah cukup mampu menghapuskan bakteria dan kuman dengan cara penggunaan yang betul.
.
Bahan-bahan yang digunakan di dalam HAUSanitizer ini telah terbukti berkesan bagi menghapuskan 99.9% bakteria dan kuman melalui ujian makmal oleh pakar sains.
.
Dengan menggunakan 70% alkohol di dalam keseluruhan formula HAUSanitizer ini, ia dijamin dapat membantu membunuh bakteria dan kuman secara terus dan mengurangkan bakteria dan kuman dengan jumlah yang signifikan dengan mengikut langkah penggunaan yang betul.
.
Selain itu, HAUSanitizer tidak akan mengeringkan kulit walaupun dengan kerapkali penggunaan kerana Aloe Vera berfungsi memberikan kelembapan yang optimum bagi memastikan kulit sentiasa kekal terhidrat disamping bebas dari bakteria dan kuman.
.
Langkah penggunaan :
Dalam masa sekurang-kurangnya 20 saat
➡ Ambil sejumlah HAUSanitizer yang mencukupi di tapak tangan,
➡ kemudian lekapkan kedua-dua telapak tangan kiri dan kanan diikuti dengan menggosok di celahan jari-jemari.
➡ Kemudian, gunakan jari-jemari tangan kiri untuk menggosok telapak tangan kanan dan ulangi sebaliknya.
➡ Setelah itu, gosok kedua-dua ibu jari dengan teliti sebelum mencuci setiap hujung jari kerana terdapat bakteria dan kuman di celahan kuku.
➡ Akhir sekali, bersihkan juga kawasan pergelangan kedua-dua tangan.

(seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


#NoCorona
#HAUSCare
#HAUSConcern
#HAUSContribute
#HAUSPrihatin
#HAUSCakna

Ulasan

Catatan Popular