BEZA LIPCREAM & LIPMATTE HUAS COSMETICS


Eleh, nama je pun beza. Yang kiri tu, nama penuh dalam kod produk Luminous Lush Moist Lipcream (LC), Berbanding dengan yang sebelah tu Lipmatte Matte Creamy Lip (MCL).
.
Sebelum ni ibu tak tahu pun rupanya banyak perbezaan antara lipcream LC & lipmatte MCL Haus ni. Ibu aim atas bahan-bahan je, eh .. nampak sama je. Dah tu kat mana bezanya? Bila sesi sharing malam tadi bersama dengan PG Sis Ayu, Wowww .. baru nampak ketara beza 2 beradik ni.
.
Itu la indahnya bila bersama Haus Cosmetics. Kami diajar untuk belajar secara berjemaah. tidak kira pangkat @ di mana sahaja kami berada. Dikumpulkan dalam 1 grop untuk berkongsi cerita ceriti masalah berbangkit dan berkongsi ilmu. Tiada istilah kau belajar la sendri-sendrik, cari la ilmu sorang-sorang kecuali kalau diri sendiri yang malas nak belajar. hihihi. Sape nak join Dropship under ibu .. kabo cecepat. kita cari ilmu & berkongsi rezeki bersama-sama. Untung tau 20% untung dia masuk poket. Terpromosi pulak.


Ok, jom kita tengok ape la bezanya 2 badik ni. mak pak sama dah (1 kilang) tapi hasilnya beza tang mana pulak. hihihi.

Packaging, tengok gambar atas pun dah tahu yang mana kotak paling cantik & menarik kan. Dari jauh dah nampak bersinar-sinar bercahaya. Lipcream LC, packagingnnya agak biasa berbanding Lipmatte MCL. Lipmatte MCL lebih kecil dan comel je. Sesuai bubuh dalam handbag untuk di bawa ke sana-sini. Nanti ibu nak bagi cadangan la kat founder Haus ni, Puan Eiyma Jalil suh tuko design kotak Lipcream tu. Suh berseni sikit. Baru la sama cantik sama padan dengan LIpmatte MCL.
.
Founder Haus ni mesra alam tau. kami ,semua HG panggil beliau kak long je. Mesra gitu. Walaupun sibuk sebagai ketua r&d, beliau sering turut serta dalam ape jua perbincangan dalam grop. Seronok kan? Founder sendiri yang sama-sama guide HG untuk berniaga dan pastikan segala maklumat yang diberikan kepada HG adalah betul. Takde istilah fake .. fake ni.
.
Isian pun berbeza. Lipcream LC ni banyak makan. hahaha. Tu sebab bekas dia beso. Isinya 3ml tau. Lipmatte MCL plak kurus tinggi lampai. hihi. Diet la konon. isinya cuma 1.5ml je. Walaupun kecil molek bekasnya, boleh tahan lama juga tu pakainya. Calit-calit sikit je, dah boleh sapu rata bibir atas bawah.
.
Yang ketara sekali, teksturnya. Lipcream LC ni semi-matte. Lebih moist dan shining. KIta boleh perasan bibir kita tu lembab basah je. Bibir nampak bersinar-sinar gitu. Bila pakai nampak segar je. Nampak cun kebabom. hihihi. Lipmatte MCL pulak lebih bersifat matte. Color mati orang tua-tua panggil. Tak luntur warnanya. Dia punya pekat tak tahu nak kabo. Goncang-goncang la dulu kejap, nak bagi pekat dia stabil sikit. baru la kita dap dup dap kat bibir tu. Oles je kat bawah bibir, dap dap bibir tu terus rata atas bawah. Haa .. jimat kan? Boleh tengok beza kat gambo bawah ni. Haa .. mana 1 le pilihan hati ye.



Ibu ade bertanyakan kawan-kawan yang suka pakai lipstik ni. Kalau jenis creamy shining macam Lipcream LC ni sesuai untuk bentuk bibir-bibir yang comel kecik je. Sapuan penuh di setiap inci bibir. Kalau yang bibirnya agak tebal macam Angelina joli, depa lebih suka pakai jenis Lipmatte MCL, sebab depa boleh kecilkan bentuk bibir jadi kecil mungil. Elok terletak je bibir tu. Idak le bibir tu nampak penuh. Nampak seksi gitu.
.
Color pun beza wei. Lipcream LC ni lebih kepada color-color nude. Yang nampak lebih natural. Alaaa ..nampak comel berseri je bibir kita. Macam kita tak pakai lipstik. Ada 10 color yang seakan-akan sama tapi totally berbeza tau. Lipmatte MCL ni plak, color-color terang, color yang menyerlah. Nampak setempek warna kat bibir tu. Warna ni antara yang paling hot & trendy untuk korang muda mudi & yang suka jaga penampilan tu. Nampak berani nampak gojes. 12 warna yang lebih ceria & berwarna-warni. Beli 12 color tu, hari-hari bibir bertukar color. Best kan.


Udah semuanya berbeza, tentu la harga nya pun tak sama. Lipcream LC ni RM30 je harga maharnya dan Lipmatte MCL pula rm25 seketul. Psstt .. korang tahu tak? promo hq buat sempena #pkp ni? Kalau tak tahu , meh telinga ibu nak kabo kan. hihihi
.
Masa Perintah kawalan pergerakan ni, ramai sangat yang akan membeli dalam talian kan. Beli barang basah pun suh orang cod. Kalau boleh memang tak mau langsung keluar rumah. Oleh itu, pihak HQ Haus Cosmetics berbesar hati menawarkan FREE POS 1 MALAYSIA untuk setiap belian. Best ke bestttt sangat.
.
Wow .. beli Lipcream seketul pun dah boleh dapat title free pos tau tetapi untuk Lipmatte MCL pula, korang wajib beli 2 @ lebih baru boleh dapat free pos tu. Haaa .. ape lagi tunggu, Kang habis pkp ni, baru terhegeh-hegeh nak beli ke? Jawapnya melopeh la free pos 1 Malaysia tu. Silap-silap stok pun licin.hihihi
.


Ulasan

Catatan Popular