TEA TREE OIL



Minyak Tea Tree biasa kita lihat berada di dalam produk bahan penjagaan diri seperti ubat gigi atau pencuci muka. Tapi kita ambil tahu tak kelebihannya? Kebaikan yang kita dapat bila mengamalkan produk yang ada bahan Tea Tree Oil ni. Jom ibu nak cite sikit.
.
Minyak Tea Tree ni berasal dari daun Melaleuca alternifolia, pokok kecil yang berasal dari Queensland dan New South Wales, Australia. Walaupun Melaleuca alternifolia dikenali sebagai pokok teh, ia berbeza dengan tumbuhan yang menghasilkan daun yang digunakan untuk membuat teh hitam, hijau dan oolong.
.
Minyak Tea Tree ini telah digunakan oleh orang-orang lama yang tahu akan khasiatnya. Sekarang kegunaannya semakin meluas.
.
Apa Manfaat Minyak Tea Tree ni? Best ke?


Pencuci tangan @ Hand Sanitizer
Wow .. Tak tahu pula khasiat Tea Tree ni sebegitu hebat. Boleh dijadikan hand sanitizer. Musim #covid19 ni .. laku keras hand sanitizer ni. Kajian membuktikan ia mampu membunuh beberapa bakteria dan virus biasa yang bertanggungjawab untuk menyebabkan penyakit, termasuk E. coli, S. pneumonia dan H. influenza. Bawah ni ibu share resipi homemade Hand Sanitizer ya


Melawan jerawat
Minyak pokok teh boleh menjadi senjata yang kuat melawan jerawat. Ia membantu mengurangkan jerawat dengan sifat anti-radang dan anti-mikrob. Ia boleh meredakan kemerahan, bengkak, dan keradangan. Ia juga boleh membantu mencegah dan mengurangkan parut jerawat, meninggalkan kulit anda dengan licin dan jelas.
.
Anti Radang
Kulit mudah merengsa bila kulit terlalu sensitif atau terdedah kepada bakteria. Pendedahan kepada alergen menyebabkan kulit merah, gatal dan kadang-kadang menyakitkan. Ia mampu memberi kelegaan dan mengurangkan keradangan yang terjadi.
.
Kulit Kering @ Kulit Berminyak
Minyak Tea Tree boleh membantu menenangkan & mengurangkan kerengsaan akibat kulit kering dengan mengurangkan rasa gatal dan kemerahan. Ia memberi kelembapan kepada kulit agar kelihatan lebih berseri. Minyak Tea Tree juga dapat mengimbangi pengeluaran minyak secara berlebihan. Menjadikan kulit lebih bersih dan cantik.
.
Mengawal masalah kulit kepala
Minyak Tea Tree dapat mengurangkan masalah kulit kepala seperti kelemumur & kegatalan dengan memberi kelembapan kepada kulit.
.
Penghalau serangga
Minyak pokok teh boleh membantu menghalau serangga yang menjengkelkan seperti nyamuk dan lalat. Ia juga boleh melegakan kesan gigitan nyamuk atau semut pada kulit. 
.

Deodoran semulajadi
Kesan antibakteria minyak Tea Tree boleh membantu mengawal bau badan bila kita berpeluh. Peluh tidak berbau ye tetapi bila bergabung tenaga dengan bakteria tu yang berbau busyuk asham terhasil.
.
Antiseptik untuk Minor Cuts dan Scrapes
Luka kecil memudahkan kuman memasuki aliran darah yang mengakibatkan jangkitan. Minyak pokok teh boleh digunakan untuk merawat dan membasmi luka kecil dan lecuran kecil dengan membunuh bakteria penyebab jangkitan pada luka terbuka.
.
➨ Meningkatkan penyembuhan luka

Selain mencegah jangkitan pada luka dan lecet, minyak pokok teh juga boleh menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu mengurangkan keradangan yang berlaku.
.


➨ Mouthwash Bebas Kimia
Penyelidikan menunjukkan bahawa minyak Tea Tree ini mampu melawan kuman-kuman yang menyebabkan kerosakan gigi, pembentukan plak dan nafas berbau.
.
➨ MultiPurpose Cleaner
Minyak pokok teh boleh dijadikan pembersih serbaguna seperti membasuh permukaan seperti lantai, bilik air mahupun barangan kaca atau besi. Tambahan pula, ia tidak meninggalkan jejak bau bahan kimia yang tidak menyenangkan.
.
.
Banyaknya manfaat Minyak Tea Tree ni. Patut la ia di jadikan antara bahan utama di dalam Super Sensitive Beauty Soap (SSB Soap). Dari top to toe boleh guna SSB Soap ni. Memang tak rugi la guna.
.
Selain dari SSB Soap, Haus cosmetics juga menggunakan Minyak Tea Tree di dalam Oil Serum Calendula & Oil Serum Lavender.


Ulasan

Catatan Popular