PENTINGNYA SISTEM IMUN YANG KUAT

Apa itu SISTEM IMUN?

Sistem imun ni suatu proses perlindungan dalam tubuh yang mengenalpasti pelbagai ancaman, termasuk virus, bakteria dan parasit, dan mengasingkannya daripada tisu tubuh yang sihat. Dalam perkataan mudah iaitu ANTIBODI. Bila kita jatuh sakit, sel darah putih (leukosit) dijana oleh tubuh untuk menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit.

Pernah tak dengar?
- Mesti antibodi awak kuat kan, sebab tu susah jatuh sakit.
- Awak ni mudah sangat jatuh sakit, tak cukup antibodi la tu. Dah la sakit, susah pulak tu nak sembuh.
- Sejak anak saya ni masuk taska, dia sering batuk & selsema. Dah 2 minggu tak baik-baik lagi. Mungkin Antibodi dia lemah kot.

Risau & susah hati bila kita tak sihatkan? Makan ubat pun tak sembuh jugak. Bila dah sihat, sakit balik. Bila la nak merasa tubuh yang benar-benar sihat. Ada tak cara nak kuatkan antibodi? 

Mudah je nak up kan balik sistem imun kita ni. Amalkan cara hidup sihat seperti bersenam & makan makanan yang berkhasiat. Sebut makanan berkhasiat ni, kita wajib lebihkan makan sayur dan buah kerana ia mengadungi serat & vitamin yang diperlukan oleh tubuh. 

Sayur hijau seperti bayam & brokoli dan buah-buahan pula iaitu oren, ubi keledek dan betik mempunyai nilai serat & vitamin yang tinggi. Begitu juga dengan bawang putih, halia & kunyit bukan sahaja untuk memberi rasa kepada makanan, tetapi khasiat yang ada di dalamnya mampu meningkatkan imun tubuh kerana sifatkan anti-virus & anti-bakteria. Minuman susu berkultur seperti yogurt & vitagen juga baik kerana menghasilkan probiotik untuk kesihatan usus.

Perasan tak?
Bila anak-anak tak sihat je, laju je mak masak sup ayam kan. Macam-macam sayur & rempah ratus dicampur dalam 1 mangkuk sup tu. Tubuh anak kembali segar bertenaga dan menaikkan selera makan anak-anak.

Tapi, kenapa nak tunggu sakit baru nak tingkatkan imun sistem kita? Kan elok jika kita mencegah dari mengubati. Tak semua boleh amalkan hidup cara sihat kan? Hari-hari nak bersenam, dah tentu sibuk di tempat kerja. Nak makan sayur & buah tiap-tiap hari? Macam tak boleh je. Saya tak makan sayur. Jemu la. Tak sedap la. Banyaknya alasan.

Baik saya amik suppliment ganti makanan. Tapi lalu ke nak telan banyak tablet dalam 1 hari? 1 biji vitamin C, 1 biji Probiotik, 1 biji estrak kunyit. Kan fungsinya berbeza-beza. Itu belum lagi ditambah dengan ubat preskipsi dari doktor. Mak ai, banyaknya. Nak makan pun ade aturan cara & masa. Nak termuntah rasanya makan semua tu hari-hari.

🔹Takda ke suppliment yang campur semua dalam 1 tablet?
🔹Kalau boleh nak jenis kunyah je, tak perlu bancuh. Mudah sikit tengah drive pun boleh makan.
🔹Rasanya mesti sedap. Manis manis buah. Pastikan tiada campuran gula. Kanak-kanak pasti suka.

NEUROCUMIN C+
Perkenalkan suppliment sulung dari Haus SuperFood. Bakal berada di pasaran. Jadi la orang yang pertama untuk memilikinya. Gabungan 3 bahan utama penting yang amat diperlukan oleh tubuh, iaitu Vitamin C, estrak kunyit & probiotik. Bahan-bahan ini berkemampuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh kita jika diambil secara konsisten & dalam kuantiti yang betul.

KENAPA 3 BAHAN NI?

VITAMIN C (Ascorbic Acid)
Dalam banyak-banyak suppliment di pasaran, vitamin c paling laku keras. Sebab apa?

Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin c dengan sendiri. Ia hanya boleh diperolehi melalui makanan sahaja. Terutama daripada sayur & buah bagi mengekalkan fungsi metabolisme tubuh yang normal. Itu sebab utama kita kena amalkan pemakanan yang berkhasiat. Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan bagi proses biologi dan fisiologi badan. 

Healthcare.com

Makanan apa yang tinggi vitamin c? Antaranya seperti dalam gambar di atas. Jika kita mampu untuk konsisten makan sayur & buah hari-hari, InsyaAllah, tak perlu la kita ambil supplement. Jika tidak, NEUROCUMIN C+ la yang paling sesuai untuk dijadikan supplement untuk boost semula imun tubuh kita.

Manfaat Kesihatan
• Vitamin penting larut air penting untuk pembentukan kolagen, protein yang memberikan struktur pada tulang, tulang rawan, otot dan saluran darah.

• Antioksida kuat kerana dapat menyumbangkan atom hidrogen dan membentuk radikal bebas askorbil yang agak stabil.

• Menyumbang kepada pertahanan imun dengan menyokong pelbagai fungsi sel sistem imun.


Dos Vitamin C diserap sekitar 70-90% pada pengambilan (30-180 mg sehari), tetapi kadar penyerapan turun di bawah 50% pada pengambilan melebihi 1000 mg sehari. Pengambilan vitamin C yang berlebihan yang tidak diproses dan dikeluarkan melalui air kencing dan najis. 

Mekanisma Asid askorbik telah terbukti menyokong mekanisma imun dalam badan. Sel darah putih adalah komponen penting dalam sistem imun. Manusia mempunyai beberapa jenis sel darah putih, masing-masing membantu memerangi virus dan bakteria penyebab kepada penyakit dengan cara yang berbeza. 


Vitamin C membantu merangsang pengeluaran dan fungsi sel darah putih. Ia juga membantu badan kita menghasilkan antibodi penting : protein yang mengikat kepada mikroba untuk meneutralkannya. 

Sifat antioksidannya yang kuat membantu melindungi sel darah putih daripada sebatian toksik yang dihasilkan dalam memerangi patogen. Dengan kata lain, Vitamin C adalah nutrien penting untuk tindak balas sistem imun yang sihat. 

EKSTRAK KUNYIT
Kunyit merupakan rempah yang kerap digunakan diambil dari akar spesis Curcuma longa. Dikenali sebagai rempah makanan, ia telah menarik perhatian para saintis untuk mengkaji manfaat perubatan daripada sebatian aktifnya yang disebut curcuminoids yang terdiri daripada curcumin, demethoxycurcumin dan bisdemethoxycurcmin.


Secara tradisional ia terkenal sebagai anti-radang, curcumin telah terbukti dalam dua dekad ini sebagai agen imunomodulator yang kuat yang dapat memodulasi sistem imun. 

Manfaat Kesihatan 
• Sebatian Anti-Radang Semula jadi 
• Meningkatkan aktiviti antioksidan 
• Menguatkan sistem imun 
• Mengurangkan sakit sendi 

Mekanisma Curcumin dapat mempengaruhi sistem imuniti dengan memodulasi fungsi sel imun termasuk proses neutrofil, makrofag, monosit, sel pembunuh semula jadi, sel dendritik, sel T, dan sel B. Pendekatan terapi pada masa depan boleh bergantung pada kemampuan kurkumin bagi mencegah tekanan oksidatif, keradangan dan gangguan imunomodulator. 

PROBIOTIC (BIFIDOBACTERIUM LONGUM) 
Probiotik merupakan mikroorganisma hidup yang dapat dijumpai di dalam makanan fermentasi dan susu kultur, dan digunakan secara meluas untuk penyediaan makanan bayi.

Ia terkenal sebagai "bakteria baik", yang memberikan banyak khasiat untuk kesihatan. Bifidobacterium longum adalah spesies bakteria Gram-positif, berbentuk batang yang secara semula jadi terdapat di saluran pencernaan manusia. Ia merupakan salah satu bakteria paling awal dalam usus bayi. B. longum sering ditambahkan pada produk makanan sebagai probiotik dengan pelbagai faedah kesihatan. 


Manfaat Kesihatan 
• Pencegahan penyakit usus 
• Meningkatkan sistem ketahanan badan 
• Meningkatkan Kesihatan kulit
• Meningkatkan kesihatan mulut 

Mekanisma B. longum adalah merupakan salah satu strain probiotik yang mapan dengan bukti saintifik yang kuat mengenai kesan positifnya terhadap sistem imun. Mekanisme tindakan probiotik utama termasuk peningkatan penghalang epitelium, peningkatan lekatan pada mukosa usus, dan penghalang patogen, pengeluaran bahan anti-mikroorganisma dan modulasi sistem imun.

Wahh.. Banyaknya manfaat dalam 1 botol. Mesti tak rugi jika kita amalkan NEUROCUMIN C+ ni. Yang bestnya, Kanak-kanak seawal 4 tahun pun boleh makan tau. Boleh la jadi supplement 1 keluarga kan.

Jadi la orang yang pertama memilikinya
klik WASAP untuk mengetahui lebih lanjut @ belian

Ohh ya.. Hampir terlupa pula
Sempena pelancaran superfood NEUROCUMIN C+, kami nak beri
HARGA PENGENALAN RM59
+ FREE GIFT BEAUTY SOAP
+ FREE POS 1 MALAYSIA

Hanya bayar RM59 sahaja
Ya.. Hanya RM59 sahaja

Nak tahu pasal manfaat BEAUTY SOAP? Klik SINI




References
1.http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf
2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5707683/
3. https://www.livescience.com/26579-immune-system.html
4. http://www.herbmedpharmacol.com
5. https://selfhacked.com/blog/b-longum/




Ulasan

Catatan Popular