SET OILY & ACNE SKIN



Super Sensitive Beauty Soap
Shea Butter ni membantu mengunci kelembapan melembutkan kulit dengan ciri anti-radang dan penyembuhannya. Spent Grain Wax untuk mengelakkan kulit kering & iritasi kulit berlaku dan ia bersifat anti-radang.


Minyak Argan menyuburkan kulit dengan kekayaan Vitamin E semulajadinya. Iabertindak sebagai pelindung kulit dari sinaran UV. Sebagai bahan yang paling disukai kerana mampu melembutkan kulit dan mengurangkan kulit berminyak. Ia berfungsi merawat kulit sensitif dan bermasalah, jika digunakan secara konsisten, mampu memudarkan parut.


St John's Oil berfungsi dalam merawat luka-luka kecil dan sunburns. Bersifat antioksidan & anti-radang, mampu meredakan kulit sensitif & bermasalah. Kelebihannya yang utama, mengurangkan kedutan muka agar kulit sentiasa nampak cantik dan awet muda. Tea Tree Oil bersifat antibakteria dan anti-radang untuk merawat jerawat dan mengelakkan kulit menjadi kering. Melegakan kegatalan yang disebabkan kerengsaan kulit.

Avocado Oil adalah minyak yang terkenal di dalam penyuburan dan melembapkan kulit. Ia juga membantu dalam pembentukan kulit baru dan mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas. Minyak ini juga berkebolehan di dalam penyembuhan luka-luka kecil akibat kerengsaan. Mencegah dan merawat jerawat adalah antara fungsinya yang lain. Jika digunakan secara konsisten, ia terbukti boleh mengurangkan garis-garis penuaan di wajah.
.
BOB Gel Moisturiser

Pelembab gel yang diformulasi dengan jaminan 100% berasaskan air, kami ciptakan khusus buat jenis kulit yang berminyak dan sensitif. Rasai tekstur yang ringan dan selesa ini dengan sendiri. Ia meresap terus ke dalam kulit anda dalam sekelip mata.

Blood Orange kaya dengan Anthocyanins semula jadi untuk membantu melawan radikal-radikal bebas dan kerengsaan kulit supaya segala jerawat dan jeragat dihapuskan, Vitamin C untuk mencerahkan kulit, dan Vitamin A bagi mengekalkan kesihatan kulit dari dalam. Blood Orange ini telah dibuktikan secara saintifik dapat memberikan anda kulit lebih sihat yang sekurang-kurangnya dua tona lebih cerah.

Pelembap ini dimasukkan bersama bahan premium yang berkuasa untuk melembapkan iaitu Sodium Hyaluronate di mana kemampuannya untuk menguatkan ‘skin barrier’ tidak dapat disangkal lagi.

SEBOCLEAR-MP™ adalah teknologi yang berkuasa mengunci kulit anda dari penuaan, mengetatkan liang pori untuk menghalang ‘blackhead’ dan ‘whitehead’, mengurangkan garis halus dan kedut, menyerap lebihan sebum untuk mengawal jerawat manakala Salicylic acid merupakan bahan kimia pengelupas untuk membantu melembutkan kulit dan mengetatkan liang pori.

Hydrolyzed Royal Jelly Protein membantu meningkatkan kolagen dan mengurangkan penghasilan melanin lalu memberikan anda kulit baru yang menyerlah berseri dan anjal. Ekstrak akar Bengkoang telah digunakan secara meluas untuk pencerahan kulit yang efektif.

Kombinasi ekstrak Green Tea dan ekstrak daun Olive yang kaya dengan anti-oksidan semula jadi, membantu mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan, dan hebat dalam penyembuhan luka dan parut.

Birdnest Beauty Elixir Spray
Spray elixir yang sejuk menyegarkan, kaya dengan kebaikan bahan-bahan semula jadi untuk wanita ‘on-the-go’ yang tetap ingin menekankan kualiti dan kecantikan kulit.

Swiftlet Nest Extract membekalkan tenaga yang penting untuk pembaharuan sel bagi meremajakan kembali kulit. Dengan itu, merangsang penghasilan kolagen untuk menambah baik tona kulit yang baru, menyerikan penampilan kulit yang kusam, melembapkan kulit, dan membaik pulih tekstur kulit.

Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum merupakan bahan semulajadi yang berkuasa untuk membaiki kulit yang kasar dengan menghaluskan liang pori sekaligus mengecilkan saiz pori. Dengan mengurangkan pori-pori, ia membersih ‘blackhead’ dan ‘whitehead’ memberikan kesan ‘non-comedogenic’. Ia juga dapat mengurangkan penghasilan sebum. Dengan itu menyingkirkan kilatan berlebihan yang tidak diperlukan di wajah dan memberi kesan ‘matte’ yang cantik.

Saccharide Isomerate merupakan HA yang baru. Diperolehi dari kernel jagung, ia telah terbukti secara saintifik memberikan kelembapan mendalam selama 72 jam. Peningkatan yang ketara dalam tekstur kulit dan kulit yang jauh lebih sihat dapat dilihat hasil dari kelembapan yang mendalam.

Grape Fruit Water kaya dengan asid organik semulajadi dari Alpha Hydroxy Acids (AHAs) dan polisakarida semulajadi yang melembapkan dengan kebolehan tinggi untuk mengekalkan hidrasi. Maka, menyuburkan kulit menjadi kulit baru yang berseri dan menenangkan kulit sensitive manakala Lemon Fruit Water merupakan sumber yang kaya

dengan Vitamin C semulajadi yang bekerja untuk melawan radikal bebas dengan ciri anti-oksidanya. Dengan itu menghasilkan kulit yang lebih cerah, bersih dari bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.
.
.
Boleh direct ke whatsapp untuk konsultation / maklumat tambahan
@
belian direct melalui shoppe

Ulasan

Catatan Popular